Wednesday 20 September 2017

PENCAPAIAN DESIGN LOGO

Logo, semua orang tahu logo tu kan. Logo ni sangat penting kalau kita nak memulakan sesuatu branding, melalui logo ini la yang dapat membantu sesuatu branding tu senang nak dikenali orang ramai sebab itu logo salah satu element dalam branding, logo ni sebagai identiti branding kita.
Salah satu masalah tentang  design logo ini, apabila ada sesetengah orang ini mempertikai 
kenapa design logo mahal dan tak ada istilah nak design logo ni kene percuma. 
Kesian kat kami ni yang berlajar tiga atau empat tahun dalam bidang ni lepas tu 
senang-senang nak minta design dengan percuma.
Why design logo ni mahal walaupun kalau kita tengok logo itu simple hanyak menggunkan
huruf sebab kita design logo bukan hanya untuk branding tetapi kita nak create satu identiti yang apabila bila orang ramai tengok dengan sekali pandang orang dah 
boleh kenal yang itu logo company kita.

Nak dijadikan cerita pada tahun 2016 kalau tak silap saya ada la join satu pertandingan 
mereka logo satu kelab bola sepak baru iaitu Terengganu City Fc. Kita cuba nasib la orang kata kan
kalau ada rezeki tu tak kemana dalam contest ni kita hantar dua design logo dan alhamdulillah salah satu logo tu di shortlistkan sebagai top 10. So kiranya ini la pencapaian yang tertinggi pernah saya capai setakat ini. Ini dua design logo yang saya hantar semasa contest tersebut 

Ini design pertama yang saya buat untuk contest tu disebabkan Terengganu City FC
menggunakan ikan jerung sebagai maskot utama yang perlu ada dalam logo tersebut
saya pun design la mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Ini design kedua saya untuk contest tersebut. Saya menggunkan variasi warna 
yang telah ditetapkan oleh Terengganu City Fc. Satu perkara yang saya terlepas pandang dalam menghasilkan logo ini ialah kalau kita perhahatikan pada bola yang ada pada jerung tersebut ialah bola keranjang bukannya bola sepak. Sangat- sangat penting kepada designer untuk periksa setiap art work yang dihasilkan supaya tiada kesilapan seperti ini.

Akhir sekali, logo ini yang menjadi top 10 dalam contest tersebut dan pihak Terengganu City FC telah mengadakan undian pada facebook rasmi mereka untuk orang ramai mengundi logo yang akan di gunakan pasukan Terengganu City FC. Sampai di sini perkongsian saya .

No comments:

Post a Comment